Alumni    •    Vacancy

ZIARAH BUKTI KOMITMEN UNIVERSITI PRIHATIN KEBAJIKAN STAF

ziarah stafUUM ONLINE: Jitra - Sebagai tanda komitmen universiti terhadap kebajikan staf, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah menziarahi staf yang menghadapi masalah kesihatan semalam.

Tiga staf tersebut ialah Penolong Pegawai Tadbir, Rodiah Halim di Taman Mawar; Pensyarah Kanan, Dr. Syarizan Dalib di Taman Keruing dan Pegawai Penyelidik Sosial, Imran Ismail di Taman Universiti.

Prof. Dr. Haim Hilman berkata, dalam kunjungan itu beliau berharap semua staf berkenaan akan segera sembuh, begitu juga staf lain yang kini menghadapi masalah kesihatan.

“Ini adalah komitmen universiti untuk membantu warga UUM sedaya mungkin kerana mereka telah bersama-sama berkhidmat untuk universiti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan staf UUM agar mengambil skim perlindungan insurans yang disediakan universiti.

Menurutnya, skim insurans yang ada sekarang sangat penting dan sangat bermakna di saat memerlukan terutama apabila staf menghadapi masalah kesihatan.

Selain itu, katanya, warga universiti juga digalakkan untuk menjalani profil kesihatan sebagai langkah awal agar sebarang tindakan dapat diambil segera sekiranya berlaku masalah kesihatan kelak.

Turut serta, Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.