Alumni    •    Vacancy

UUM MERIAHKAN FESTIVAL BUKU LANGKAWI 2022

uum pressUUM ONLINE: UUM Press akan menyertai Festival Buku Langkawi 2022 yang akan berlangsung selama lima hari bermula 24 hingga 28 Mac ini di Langkawi Fair Shopping Mall, Kuah, Langkawi.

Festival yang dianjurkan buat kali kedua itu disertai 50 pempamer daripada seluruh negara dan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam dengan menawarkan pelbagai genre buku.

Lebih menarik, UUM Press turut memberikan diskaun sebanyak 20 hingga 80 peratus kepada pengunjung yang hadir ke Festival Buku Langkawi 2022.

Dalam festival ini juga, UUM Press akan melancarkan buku berjudul Jikey: Teater Warisan Langkawi hasil karya Muhammad Izzat Md Isa.

Jikey: Teater Warisan Langkawi merupakan sebuah buku yang merakamkan sejarah seni berkenaan daripada tuturan lisan penggiat dan penonton yang pernah menontonnya.

Buku yang mengambil masa selama 5 tahun untuk dihasilkan itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu sejarah Jikey di Langkawi di abad ke-20 dan bentuk persembahan Jikey.

Majlis Perasmian Festival Buku Langkawi yang akan berlangsung pada 26 Mac ini dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.