Alumni    •    Vacancy

UUM JALIN KERJASAMA STRATEGIK DENGAN PUO

puoUUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) menyambut baik hasrat Politeknik Ungku Omar (PUO) untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan universiti ini menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA).

Dekan SCIMPA, Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin berkata, pihaknya teruja dan sentiasa terbuka menerima peluang kolaborasi daripada pelbagai pihak termasuk PUO.

Menurutnya, dengan jalinan kerjasama itu akan menjadi permulaan baru kepada kedua pihak untuk meneroka peluang baharu dengan gandingan pakar dari dua institusi pendidikan tinggi itu.

Sementara itu, Pengarah PUO, Ts. Mohd Fisal Haroon berkata, beliau berharap kerjasama tersebut dapat mengetengahkan pakar-pakar dalam pelbagai bidang daripada politeknik tersebut.

“Saya yakin dan percaya bahawa SCIMPA juga memerlukan banyak input daripada pakar-pakar PUO kerana UUM dan PUO mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing yang sewajarnya dikongsikan bersama.

"Sehubungan itu, pihak kami sentiasa sedia menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, latihan atau sains teknologi demi manfaat bersama,” katanya ketika menghadiri mesyuarat di SCIMPA, baru-baru ini.

Sesi lawatan diakhiri dengan acara penyampaian cek oleh PUO untuk projek penerbitan Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar Kali Ke-49 secara atas talian yang dijayakan oleh SCIMPA dan UMHSB kepada Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

Hadir sama penjawat utama PUO dan juga pegawai-pegawai kanan UUM.