Alumni    •    Vacancy

PROF. DR. MOHD AZIZUDDIN DILANTIK SEBAGAI TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UUM BAHARU

WhatsApp Image 2024 02 27 at 11.20.12 AM 1UUM ONLINE: Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia berkuat kuasa 26 Februari 2024 bagi tempoh dua tahun.

Beliau menerima surat lantikan tersebut daripada Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir di Kementerian Pendidikan Tinggi, semalam.

Dr. Mohd Azizuddin memiliki latar belakang akademik dalam bidang Sains Politik dan pernah menyandang jawatan sebagai Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) serta Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RIMC).

Beliau tiba di pejabatnya selepas merakam waktu di foyer Canselori Sultan Sallehuddin, pagi ini.