Alumni    •    Vacancy

‘KOTAKPRIHATIN4U LHDNM’ BAWA KECERIAAN KEPADA PELAJAR TISSA-UUM

kotak prihatin tissaUUM ONLINE: Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) telah mengagihkan sumbangan ‘KotakPrihatin4U LHDNM’ kepada 112 pelajar Sarjana Muda Perakaunan dan Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat) yang berada di dalam kampus, baru-baru ini.

Timbalan Dekan TISSA-UUM, Prof. Madya Dr. Rosli Mohamad berkata, ‘KotakPrihatin4U LHDNM’ adalah hasil sumbangan pelajar dan alumni Sarjana Sains (Perakaunan Antarabangsa) yang merupakan program kerjasama UUM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Kohort 1 hingga 4.

Menurutnya, kotak sumbangan tersebut mengandungi barangan makanan dan barangan kebersihan diri.

Katanya, beliau berharap program sebegitu dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai tanda keprihatinan universiti, TISSA dan juga rakan kerjasama LHDNM sendiri kepada pelajar.

Sementara itu, wakil pelajar yang juga alumni LHDNM, Jaffar Tukiran berkata, pihaknya berharap sumbangan kecil mereka itu dapat membantu meringankan bebanan pelajar yang terpilih.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan TISSA-UUM yang telah membantu menguruskan pengagihan sumbangan tersebut.

Program yang diketuai Timbalan Dekan TISSA-UUM yang mewakili Dekan itu turut disertai oleh barisan pengurusan, staf pentadbiran dan ahli NOVAC TISSA-UUM.

Sebanyak 12 Inapan Siswa (INASIS) UUM telah dikunjungi bagi menyampaikan sumbangan tersebut.