Alumni    •    Vacancy

HAMPIR 8,000 HADIRI EKSPO PENDIDIKAN DAN KERJAYA NEGERI KEDAH 2022

ekspo pendidikan kedahUUM ONLINE: Jitra - Ekspo Pendidikan Tinggi dan Kerjaya Negeri Kedah 2022 yang berlangsung dari 16 hingga 18 Jun 2022 di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai golongan masyarakat termasuk pelajar dan mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Selain Universiti Utara Malaysia (UUM), ekspo tiga hari yang disertai 45 agensi yang terdiri daripada institusi pengajian tinggi dan agensi berkaitan dilimpahi dengan pengunjung lebih 8,000 orang.

Ekspo ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Turut hadir Ahli Kanan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Merangkap Pengerusi Pengajian Tinggi Negeri Kedah, Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail dan Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.