Alumni    •    Vacancy

DUA PELAJAR UUM DIPILIH KE MISI SUKARELAWAN SISWA - GSVC VIETNAM

UUMvc misi sukarelawan ONLINE: Putrajaya - Dua pelajar Universiti Utara Malaysia telah dipilih menyertai Misi Sukarelawan Siswa (YSS) - Asean Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2022.

Mereka ialah pelajar Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, Tuan Haziq Azraai Tuan Hazli dan pelajar Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa, Jeyalekchumi A/P Kulothungan.

Hadir sama ke Majlis Flag Off Misi Sukarelawan Siswa (YSS) - Asean Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2022 ialah Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Lobi Utama, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), semalam.

Majlis pelancaran itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar.

Misi Sukarelawan Siswa yang akan dilaksanakan di Ho Chi Minh, Vietnam bermula Julai hingga Ogos nanti bermatlamat untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di pentas global.

Misi tersebut dilaksanakan menerusi konsep ‘immersion’ yang mana sukarelawan siswa akan tinggal bersama komuniti tempatan dan melaksanakan kerja sukarelawan mengikut bidang pengajian masing-masing yang berteraskan ‘right volunteers for the right job’.