Alumni    •    Vacancy

CEDI SANTUNI MASYARAKAT BERI MOTIVASI KEUSAHAWANAN

cedi johorUUM ONLINE: Johor - Seramai 40 peserta terdiri daripada penduduk Felda Champlak, Labis telah menyertai program motivasi keusahawanan anjuran Institut Pembangunan Keusahawan dan Koperasi (CEDI) di Dewan Komuniti Felda Champlak.

Ceramah motivasi sempena Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor itu disampaikan oleh Pengarah Eksekutif CEDI, Dr. Jauriyah Shamsuddin dengan bertemakan ‘CEDI Menyantuni Masyarakat Dengan Program Motivasi Keusahawanan’.

Menurut Dr. Jauriyah, objektif program itu adalah untuk memberi pendedahan tentang keusahawanan kepada warga setempat dan membentuk jati diri warga Felda Champlak untuk menceburi bidang keusahawanan.

Sementara itu, peserta, Zaleha Abd. Rahman Ahmad berkata, dia berasa amat gembira dengan adanya program sebegini kerana ia membantu peserta untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya pada masa akan datang.

Pada program ini juga, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang mewakili Naib Canselor telah menyampaikan sumbangan berupa baucar pembelian komputer riba bernilai RM2,000 kepada dua pelajar UUM berasal dari Labis.

#usahawansatukerjaya