Alumni    •    Vacancy

750 STAF DAN PELAJAR TERIMA DOS PENGGALAK

pku boosterUUM ONLINE: Seramai 750 staf dan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima suntikan vaksin dos penggalak (booster) selama dua hari bermula 11 Januari di Pusat Kesihatan Universiti (PKU).

Pengarah PKU, Dr. Adi Azhar Abdul Razak berkata, pihaknya menerima 1400 pendaftaran yang ingin mendapatkan dos penggalak itu, bagaimanapun hanya separuh daripadanya yang dapat diberi temu janji kerana kapasiti klinik yang tidak boleh menampung jumlah yang ramai.

Sementara itu, Penolong Akauntan di Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan, Amirudin Hashim bersyukur telah menerima suntikan vaksin dos ketiga hari ini.

Menurutnya, suntikan dos penggalak itu diambil kerana ia bukan hanya melindungi diri sendiri tetapi turut melindungi orang sekeliling.

“Dengan pengambilan ‘booster’ ini juga adalah untuk memastikan penghasilan antibodi badan lebih kuat bagi melawan varian baru iaitu Omicron.

“Say berharap lebih ramai staf akan mengambil suntikan dos penggalak ini demi keselamatan dan kesihatan diri serta orang sekeliling dalam usaha kita membendung Covid-19,” katanya.