NAIB CANSELOR BERSIARAN LANGSUNG DI LENSA IPT RTM

lensaiptUUM ONLINE: Kuala Lumpur - Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah dijemput sebagai jemputan bagi program terbitan RTM Lensa IPT di Wisma Berita, Angkasapuri, semalam.

Beliau bersama pengacara, Syairul Islam Basmullah telah membincangkan tentang topik ‘Berani Menghadapi Cabaran’ dalam siaran secara langsung itu.

Antara pengisian perbincangan adalah tentang cabaran Covid-19, peralihan ke dunia digital dan penerimaan warga universiti ketika negara dilanda pandemik serta pencapaian terkini universiti.

Selain itu, Haim Hilman turut berkongsi tentang hasrat, harapan dan nasihat beliau kepada seluruh warga kampus dalam usaha UUM ingin merealisasikan impian menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.

Berakhirnya slot beliau di Lensa IPT, Haim Hilman telah dibawa meninjau prasarana di sekitar RTM termasuk ruang kerja di Wisma Berita oleh dua penerbit rancangan di RTM yang masing-masing merupakan alumni UUM dalam program Pemasaran dan Komunikasi iaitu Mariati Mat Isa dan Zeti Fazlia Ahmad Zaki.