UUM 148 UNIVERSITI TERBAIK DI ASIA

THE 2022UUM ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) tersenarai 148 universiti terbaik di Asia dalam Times Higher Education (THE) Asia University Rankings 2022 yang diumumkan semalam.

Mengulas kejayaan ini, Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata tahun lalu UUM dalam ranking Asia berada di kedudukan ke-155 manakala pada 2020 berada di kedudukan 251-300.

Beliau yakin pengumuman ini pastinya akan menggembirakan semua warga universiti ini.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada semua pensyarah, pentadbir, kumpulan sokongan, pelajar dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan sama ada secara langsung  atau tidak langsung,” ujar beliau lagi.

Menurutnya lonjakan demi lonjakan secara konsisten yang ditunjukkan setiap tahun ini pastinya membanggakan setiap warga universiti memandangkan sukar untuk mendapat tempat dalam senarai universiti terbaik dunia kerana ia membabitkan reputasi sesebuah universiti.

Haim Hilman menambah setiap kejayaan yang dikecapi ini pasti tidak kan dicapai tanpa sokongan padu daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang sentiasa memberi dokongan dan sokongan.

“Kita sebagai satu pasukan bersama-sama akan mengangkat agenda pendidikan tinggi negara sekali gus merealisasikan hasrat untuk menjadi universiti terbaik di Asia dan dunia satu hari nanti,” tambahnya lagi.