UUM RINTIS KERJASAMA DENGAN HUAWEI REALISASI KAMPUS PINTAR

huaweiUUM ONLINE: Ke arah membangunkan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai kampus pintar, Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah telah mengadakan kunjungan ke Huawei Malaysia, semalam.

Kehadiran beliau bersama Timbalan Dekan Pusat Pengajian Pengkomputeran, Prof. Madya Ts. Dr. Mohamad Fadli Zolkipli di Huawei Customer Solutions Innovation Center itu disambut Solution Architect Huawei, Muhammad Dennisa dan Billy Moo Wui Sitng.

Pada pertemuan itu, Naib Canselor mengadakan perbincangan untuk meneroka kerjasama dalam merealisasikan hasrat UUM untuk memacu universiti menjadi kampus pintar dengan menerapkan ‘smart education’ dan ‘smart administration’ seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia digital kini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Orpheus Capital Sdn. Bhd., Hamudi A. Khalid.