BUKU TERBITAN UUM PRESS DIINDEKS DALAM WEB OF SCIENCE (WoS)

uum pressUUM ONLINE: Tahniah! Tujuh buku terbitan UUM Press berjaya diindeks dalam pangkalan data Web of Science (WoS) mengikut tahun terbitan setelah melalui proses penilaian dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

Buku kategori Ilmiah Akademik yang telah diindeks ialah Malaysia and the Muslim World: Harnessing the OIC Market through Trade and Islamic Finance (Irwan Shah Zainal Abidin) dan Cultural Values in Malay Speech Acts (Marlyna Maros dan Azianura Hani Shaari).

Bagi buku kategori Karya Suntingan yang diindeks ialah Application of Statistical Methods in Various Disciplines (Editors: Nazrina Aziz dan Zakiyah Zain), Recent Trends in Applied and Associated Mathematical Sciences (Editors: Nazrina Aziz, Azizan Shaaban dan Nazihah Ahmad), Recent Applications in Quantitative Methods and Information Technology (Editors: Nazrina Aziz, Syariza Abdul-Rahman dan Norhaslinda Zainal Abidin), Business Crimes at Stake: Contemporary Legal Issues (Editors: Asmah Laili Yeon, Haslinda Mohd Anuar dan Mohammad Azam Hussain) dan Insights into Language Teaching and Learning: Malaysian Perspectives (Editors: Aizan Yaacob dan Paramjit Kaur).

Sementara itu, Pengarah UUM Press, Prof. Madya Dr. Hamidi Ismail berkata, beliau berharap lebih banyak buku dapat diindeks dalam pangkalan data tersebut.

Menurutnya, UUM Press menyasarkan 17 judul buku untuk diindeks pada tahun ini sejajar dengan sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh universiti.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengarang yang telah berjaya menghasilkan karya yang bermutu dan berkualiti sehingga diindeks dalam pangkalan data WoS.

WoS merupakan pangkalan data yang mengindeks semua buku ilmiah berkualiti yang diterbitkan oleh penerbit di seluruh dunia. UUM Press juga telah menandatangani Surat Persefahaman (LoU) bersama dengan Clarivate Analytics pada 2021.