UUM Terima Kemasukan Pelajar Baharu Semester Januari Sesi 2019/2020

aUUM ONLINE: UUM telah menerima kemasukan pelajar pasca siswazah yang baharu bagi Semester 192 (Januari) Sesi 2019/2020, baru-baru ini.

Pendaftaran pelajar itu melibatkan tiga sekolah pasca siswazah iaitu Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB), Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) dan Awang Had Salleh Graduate School of Arts and Sciences (AHSGS).

Proses pendaftaran pelajar bagi mengikuti program di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari itu berjalan lancar.

Dekan OYAGSB, Prof Dr. Shahizan Hassan berkata, bagi kemasukan kali ini, 156 surat tawaran telah dikeluarkan untuk mengikuti program pengajian dalam pelbagai bidang.

Menurutnya, program tersebut ialah Pentadbiran Perniagaan, Kewangan dan Perbankan, Percukaian, Pengurusan Sumber Manusia, Ekonomi Islam, Pengajian Perniagaan Islam, Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Perakaunan, Pengurusan Teknologi dan Logistik, Pengurusan Operasi, dan Pemasaran.

Katanya, daripada jumlah itu, mereka terdiri 81 pelajar tempatan dan 75 pelajar antarabangsa dari China, Nigeria, Thailand, Indonesia, Pakistan, Algeria, Somalia dan Iraq.

Sementara itu, Dekan AHSGS, Prof. Madya Dr. Hisham Dzakiria mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu serta melahirkan penghargaan kerana telah memilih UUM sebagai destinasi untuk melanjutkan pengajian.

“Saya berharap agar pelajar dapat menimba pengalaman berharga dan menggunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya serta menjaga kesihatan diri dalam menuntut ilmu.

“Saya juga berharap pelajar dapat melibatkan diri dengan aktiviti universiti dan pusat pengajian untuk mengasah kemahiran insaniah dan membina jaringan,” katanya.

Seramai 105 pelajar pelajar terdiri 82 pelajar di peringkat sarjana dan 23 doktor falsafah yang mendaftar bagi mengikuti program pengajian di tujuh pusat pengajian di bawah UUM CAS. Di GSGSG pula, para pelajar mendaftar bagi mengikuti pengajian dalam bidang yang ditawarkan seperti International Studies, Strategic Studies, Public Management, Public Administration, Law And Commercial Law dan Tourism Management.

Sesi pendaftaran ini turut membabitkan pelajar antarabangsa dari Nigeria, China, Afrika, Pakistan dan Indonesia.