UUM Meterai MoA Dengan Loei Rajabat University Thailand

news STMLUUM ONLINE: UUM memeterai Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Loei Rajabat University (LRU), Thailand bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan, yang berlangsung di Bangunan Asia Hotel Bangkok, Thailand.

UUM diwakili Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof. Madya Dr. Nor Hasni Osman manakala LRU diwakili Naib Presiden LRU, Prof. Madya Dr. Pichit Prapinit.

Dekan STML, Prof. Madya Dr. Nor Hasni Osman berkata, inisiatif ini hasil usaha Jabatan Logistik dan Pengangkutan, Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) UUM yang komited dalam merealisasikan kerjasama ini.

“Dalam MoU ini sebanyak 12 perjanjian Kerjasama Penyelidikan (Research Collaboration Agreement) telah ditandatangani melibatkan pelbagai topik dalam bidang pengurusan logistik dan pengangkutan.

“Antaranya pengurusan rentas sempadan, kelestarian pengangkutan dan blockchain di antara Malaysia-Thailand,” katanya.

Dengan termeterainya memorandum itu, beliau berharap kerjasama penyelidikan antara dua buah negara melalui dua universiti ini dapat dilaksanakan dengan lebih meluas melalui perkongsian idea yang jitu.

Ketua penyelidik yang terlibat dalam kerjasama ini antaranya Prof. Madya Dr. Mustakim Melan, Dr. Abaidullah Mustaffa, Dr. Kamal Imran Mohd Shariff, Prof. Madya Dr. Mohd Azril Ismail, Dr. Suhaila Abdul Hanan, Dr. Azizi Romli, Dr. Nur Khairiel Anuar, Dr. Rohafiz Sabar, Dr. Emy Ezura A. Jalil, Zulkufli Aziz dan Nizammuddin Dato’ Zainuddin.

Sementara itu, Mustakim berkata, pertemuan di antara UUM dan LRU turut membincangkan perancangan kerjasama penyelidikan 2020-2025.

Menurutnya, kerjasama penyelidikan rentas sempadan meliputi kawasan ekonomi Lancang-Mekong seperti Malaysia, Thailand, kemboja dan China bagi logistik dan pengangkutan.

“Manfaat daripada kerjasama ini akan meningkatkan penyelidikan cross border logistics Malaysia-Thailand selain membangunkan industri logistik dan pengangkutan antara kedua-dua negara serumpun ini.

Beliau berharap kerjasama ini akan membentuk blueprint akademik-industri bagi pembangunan logistik dan pengangkutan Malaysia-Thailand sekali gus meningkatkan QS Ranking.

Hadir sama, Prof. Madya Dr. Anucha Wailaikew dan penyelidik UUM dan LRU.