UUM Berjaya Harungi Audit Pemantauan SIRIM QAS MS ISO 9001:2015

UUM Berjaya Harungi Audit Pemantauan SIRIM QAS MS ISO 9001:2015
UUM ONLINE: Tiada ketidakpatuhan (Non Conformity Report, NCR) dan hanya satu peluang untuk penambahbaikan (Opportunity For Improvement, OFI) direkodkan ketika Audit Pemantauan SIRIM QAS MS ISO 9001:2015 menyerlahkan potensi Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk memperoleh pensijilan semula pada tahun hadapan.
 
Audit pemantauan selama tiga hari yang berakhir semalam diketuai Hanida Ghazali bersama Maznah Mat Isa itu melibatkan dua Pusat Pengajian dan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ), antaranya Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Institut Pengurusan Kualiti (IPQ), Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar, Jabatan Hal Ehwal Akademik, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP), RIMC, U-Assist, CeTMA, UTLC, UECSB dan Unit Pengurusan Risiko.
 
Ketua Audit SIRIM QAS, Hanida Ghazali berkata, Pensijilan ISO 9001:2015 yang diterima UUM adalah sehingga tempoh 2019 dan audit pensijilan semula akan dilakukan pada tahun hadapan sebelum pensijilan menghampiri tamat tempoh.
 
Menurutnya, audit pemantauan itu adalah untuk menentukan pematuhan berterusan sistem pengurusan kualiti pelanggan kepada standard ISO 9001:2015.
 
Katanya, pengauditan telah dijalankan mengikut skop pensijilan iaitu reka bentuk dalam pembangunan program sarjana muda, perkhidmatan pendidikan untuk pelajar, peruntukan penyelidikan, perundingan penerbitan dan perkhidmatan perpustakaan serta perkhidmatan sokongan lain.
 
"Hasil audit pemantauan yang dilakukan selama tiga hari ini mendapati tiada ketidakpatuhan NCR direkodkan, bagaimanapun hanya terdapat satu peluang untuk penambahbaikan (OFI).
 
"Saya juga dapati terdapat penurunan yang drastik pada OFI selepas audit pemantauan ini dilakukan dan ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan. Namun begitu, penambahbaikan dalam sistem pengurusan kualiti sedia ada perlu dilakukan secara berterusan," katanya.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Ayoib Che Ahmad berkata, proses audit tersebut adalah proses pemantauan bagi memastikan segala proses yang dijalankan adalah memenuhi standard ISO 9001:2015 yang diperolehi UUM tahun lalu.
 
Menurutnya, atas dasar penambahbaikan berterusan dan semangat untuk memastikan kualiti menjadi budaya kerja warga universiti, sikap keterbukaan terhadap sebarang cadangan dan teguran yang dikemukan juruaudit akan diterima baik.
 
"Semua cadangan dan teguran ini akan dimanfaatkan untuk memantapkan lagi proses kerja di UUM dan saya bangga di atas kerjasama serta usaha warga UUM bagi memastikan proses audit ini berjalan lancar," katanya yang mempengerusikan Mesyuarat Penutupan Audit Pemantauan SIRIM QAS MS ISO 9001:2015 di Bilik Senat, semalam.
 
UUM menerima Pensijilan ISO 9001:2008 yang pertama pada 2010, diikuti pensijilan kedua pada 2013 dan mendapat Pensijilan ISO 9001:2015 pada tahun lalu.
 
Oleh: Nordiana Shafiee
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia