Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2015 Bermula

Audit Pemantauan SIRIM MS ISO 9001:2015 Bermula Hari Ini
UUM ONLINE: 4 Disember - Lawatan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS selama tiga hari di UUM, bermula semalam.
 
Dua juruaudit yang diketuai oleh Hanida Ghazali bersama Maznah Mat Isa menyertai Mesyuarat Pembukaan Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UUM.   
 
Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Yusnidah Ibrahim berkata, audit SIRIM merupakan amalan di UUM setiap tahun yang sudah menjadi budaya kerja dan UUM komited untuk mengekalkan persijilan ini di masa akan datang.
 
“Banyak program yang telah mendapat akreditasi antarabangsa seperti Association to Advance Collegiate Schools of Business (AACSB).
 
“Baru-baru ini dua program yang ditawarkan di Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA) dianugerahkan akreditasi EFMD Programme Accreditation System (EPAS) daripada European Foundation for Management Development (EFMD), sebuah pertubuhan antarabangsa tidak berasaskan keuntungan yang berpangkalan di Brussels, Belgium,” kongsinya.
 
Pencapaian ini tambahnya menjadikan program Perakaunan yang ditawarkan oleh TISSA-UUM sebagai program pertama di Malaysia yang menerima akreditasi EPAS sekali gus memberi gambaran tentang kualiti pengendalian program di pusat pengajian.
 
“Pembudayaaan ISO dan SIRIM yang kita mulakan lebih awal, telah membantu dalam mendapat akreditasi ini dan UUM sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua cadangan dan teguran yang dikemukakan oleh pihak SIRIM bagi tujuan penambahbaikan sistem pengurusan kualiti kami”.
 
Tambahan, Prof. Dr. Yusnidah mengharapkan komitmen penuh daripada semua pihak yang terlibat agar dapat memberikan kerjasama kepada pasukan juruaudit SIRIM sepanjang 3 hari audit ini berlangsung.
 
Hadir sama, pegawai pengurusan kanan dan ahli akademik dari pusat pengajian.   
 
Oleh: Siti Fatimah Abdullah
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia