IPAG Business School Paris – TISSA UUM Meterai MoU

IPAG Business School Paris – TISSA UUM Meterai MoU
UUM ONLINE: 24 September - Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan IPAG Business School, Paris, di Balai Tamu, UUM, pagi tadi.
 
 
Pada majlis itu, UUM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Abdul Malek Haji Abdul Karim manakala IPAG Business School, Paris, diwakili Pengarah Urusannya, Guillaume Bigot sambil disaksikan oleh Dekan TISSA-UUM, Prof. Dr. Jamie Smith, Pengarah Akreditasi IPAG Business School, pihak pengurusan TISSA-UUM serta tetamu yang hadir.  
 
Guillaume berbesar hati menjalinkan kerjasama yang membuka ruang luas dalam bidang akademik selain berkongsi maklumat tentang latar belakang dan pencapaian IPAG Business School, Paris.
 
“Malaysia sebagai sebuah negara yang menarik dan penuh adat warisan yang sesuai untuk pelajar antarabangsa mengambil peluang belajar di Malaysia. 
 
“Saya berharap majlis ini akan menyatukan hubungan dan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak agar terus maju selain membuka lebih banyak peluang pada masa akan datang,” ujarnya. 
 
Beliau menyifatkan kerjasama ini meningkatkan peluang serta potensi melalui pelbagai aktiviti seperti double degree, pertukaran staf, mobiliti pelajar, penganjuran projek dan penyelidikan bersama  selain kerjasama dalam pelbagai bidang dari semasa ke semasa
 
Oleh: Siti Fatimah Abdullah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

Permohonan secara Online melalui:
1. Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB)
2. UUM Offshore Office, Beijing
3. MyGlobal Asia Center
4. Or other officially appointed UUM agents.

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia