MOU MBAS-UUM Tingkat Kualiti Tadbir Urus Organisasi Cemerlang

UUM ONLINE: Alor Setar, 24 Julai - Bagi meningkatkan tadbir urus organisasi ke arah masa hadapan cemerlang, Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Bilik Persidangan, Menara MBAS, petang tadi.

MoU tersebut telah ditandatangani Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Noor Azizi Ismail yang mewakili Naib Canselor dan MBAS diwakili Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Mat Noh Ahmad.

Prof Dr Noor Azizi yang membacakan teks ucapan Naib Canselor berkata, negara kini menumpukan bidang baru iaitu untuk meningkatkan kualiti tadbir urus sesebuah agensi atau organisasi awam.

Katanya, untuk melangkah ke masa hadapan yang cemerlang dan berdaya saing perlu bijak menguruskan kejayaan, tegas dan secara berkesan mengatasi pelbagai kelemahan serta kekurangan.

"Antara cabaran besar yang perlu ditangani dalam usaha ini ialah mengoptimumkan kos operasi organisasi dan meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam secara lebih berkesan.

"Justeru, organisasi awam perlu kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah di dalam sistem penyampaian supaya ia dapat memberi nilai tambah kepada organisasi dan mempermudahkan urusan pelanggan," ujarnya.

Tambah beliau, MoU itu yang memberi fokus khusus kepada Pengurusan Kos Secara Optimum di MBAS Ke Arah Bandaraya Hijau dan Pintar adalah wajar dan bertepatan dengan seruan serta usaha Kerajaan Malaysia sekarang.

Menurutnya, MBAS telah membuat pilihan  tepat dengan memilih UUM menerusi Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) sebagai rakan kerjasama strategik kerana STML mempunyai tenaga pakar khususnya dalam pembangunan pengurusan kualiti, pengurusan strategik dan pengurusan teknologi hijau.

"Kerjasama ini diteruskan lagi dengan adanya persetujuan dari MBAS bagi berkongsi dengan UUM dalam geran kajian Knowledge Transfer Program oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Saya berharap kerjasama ini akan dapat membantu MBAS membangunkan pekerja yang berkemahiran dan berpengetahuan (k-worker) bagi menghadapi cabaran global dan penyelidik di STML dapat berkongsi ilmu serta kepakaran dengan MBAS bagi memenuhi hasrat MoU yang dipersetujui bersama ini," katanya.

STML telah memulakan kerjasama dengan MBAS apabila STML dilantik sebagai perunding sehingga MBAS memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008.

Sementara itu, Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Mat Noh dalam ucapannya berkata, pihaknya mensasarkan untuk membawa MBAS ke arah bandaraya hijau dan pintar dengan terjalinnya kerjasama bersama UUM.

Ujar beliau, MBAS sentiasa berusaha dalam menaiktaraf apa jua bidang berkaitan kualiti dan secara tidak langsung membantu MBAS dalam menjimatkan atau mengoptimumkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya dalam pentadbiran.

"Saya juga berterima kasih kepada UUM kerana menjalinkan kerjasama dan menawarkan pakar rundingan sehingga MBAS berjaya mendapat pensijilan MS ISO.

"Selain itu, kita juga berjaya mendapatkan geran kajian daripada KPT dengan adanya bantuan daripada UUM," katanya lagi.

Beliau berkata, dengan usaha yang dijalankan oleh MBAS dan UUM ini akan membantu meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan MBAS kepada pelanggan khususnya.

Hadir sama, Prof Madya Dr Shahimi Mohtar, Dekan STML; Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar; pegawai-pegawai kanan MBAS dan UUM.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

 

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia