Nurul Syahirah Juarai Kejohanan 28th Sabah Golf And Country Club (SGCC) Amateur Open

UUM ONLINE: Kejohanan Golf 28th Sabah Golf and Country Club (SGCC) Amateur Open 2016 yang berakhir hari ini telah mengangkat nama atlet UUMNGA, Nurul Syahirah Afiqah Saparudin dan Albright Chong Ming Soon apabila berjaya mengungguli kedudukan johan bagi kategori individu wanita gross dan naib johan bagi kategori Individu Lelaki gross.

Nurul berjaya mengatasi pesaing terdekatnya dengan berkelebihan 5 pukulan bagi merebut kejuaraan 28th Sabah Golf and Country Club (SGCC) Amateur Open 2016.

Dalam kejohanan itu juga Nurul menunjukkan peningkatan prestasi apabila mencatat 78, 81, 79 dengan mengumpulkan 238 jumlah pukulan keseluruhan.

Sementara itu, Albright Chong Ming Soon yang memberi tentangan sengit sehingga hari terakhir kejohanan hanya mampu berpuas hati di kedudukan ke-2 apabila mencatat 80, 76, 74 dengan jumlah pukulan 230 keseluruhan hanya ketinggalan 2 pukulan untuk muncul juara.

“Saya sangat gembira dan bersyukur dengan kejayaan ini dan apa yang paling penting berjaya menaikkan nama Akademi Golf Nasional dan UUM. Mencapai kedudukan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan.”

“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi titik tolak kepada kecemerlangan saya dalam bidang sukan golf dan saya akan berusaha lebih gigih dan keras untuk mencapai pelbagai kejayaan di masa hadapan,” ulas Nurul mengenai kejayaannya.

Manakala Pengarah UUMNGA, Prof Madya Dr. Azman Yasin pula berkata secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain itu.

“Namun begitu, masih ada beberapa kelemahan yang perlu di atasi dan diperbaiki oleh mereka antaranya dari segi ‘fitness’ dan kekuatan mental yang mana dapat dilihat mereka sering kali hilang fokus ketika pertandingan,” katanya

Pihak pengurusan tertinggi UUMNGA turut berbangga dengan pencapaian semua atlet dan mendoakan mereka terus berusaha dan mencapai kejayaan pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia