UUM Kongsi Kepakaran Bidang Pengurusan Dan Pendidikan Dengan Politeknik Malaysia

UUM ONLINE: Pulau Pinang, 5 Oktober - Kerjasama yang sedia terjalin di antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Politeknik Malaysia dalam bidang pengajian tinggi khususnya akademik, penyelidikan, peluang pendidikan, perundingan, penempatan industri dan latihan di kalangan pelajar dan staf diperkukuhkan lagi menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara kedua-dua pihak.

UUM telah dipilih sebagai rakan kolaborasi Politeknik Malaysia bagi perkongsian ilmu yang merangkumi data, maklumat, pengetahuan sumber, fasiliti dan kepakaran yang berkaitan dalam bidang pengurusan dan pendidikan. Untuk tempoh terdekat Politeknik akan menggunakan khidmat Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) UUM dalam pembentukan Pelan Strategik Politeknik peringkat nasional dan kemudiannya diadaptasi untuk semua politeknik di seluruh negara.

Majlis Menandatangani MoU di antara kedua-dua belah pihak itu telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim mewakili Naib Canselor yang menandatangani bagi pihak UUM manakala Pengarah Politeknik Seberang Perai, Tuan Hj. Zulkifli Ariffin menandatangani bagi pihak Politeknik Malaysia.

Majlis yang berlangsung di The Light Hotel, Seberang Jaya itu telah disaksikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Yang Berhormat (YB) Datuk Mary Yap Kain Ching; YB Tn Haji Shariful Azhar Othman, Pengerusi Jawatankuasa Focus Group, Pembangunan Modal Insan Bumiputera, Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, dan Yang Berbahagia Datuk Haji Mohlis Jaafar Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik.

Selain UUM, Politeknik Malaysia turut menandatangani MoU dengan Aerospace Composites Malaysia Sdn Bhd (ACM) iaitu syarikat yang berpangkalan di Bukit Kayu Hitam, Kedah  yang dimiliki bersama oleh Syarikat Boeing dan Hexcel Corporation serta Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang

Majlis menandatangani MoU itu diadakan sempena Pelancaran program Diploma Profesional Aerospace Composite Machining iaitu program usahasama di antara Politeknik Malaysia dengan ACM yang akan dikendalikan oleh Politeknik METrO Tasek Gelugor dan mendapat tajaan penuh oleh Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang.

YB Datuk Mary Yap Kain Ching yang merasmikan pelancaran program tersebut menzahirkan rasa bangga dan gembira terhadap perlaksanaan program kolaborasi tiga penjuru yang mampu menghasilkan impak yang besar terhadap pembangunan Sistem Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET), industri dan graduan itu sendiri.

"Kolaborasi antara industri serta institusi pusat pengajian tinggi sepertimana yang dilaksanakan hari ini di antara Politeknik Malaysia dengan UUM akan memberi impak yang tinggi kepada pelajar sekaligus akan meningkatkan kualiti graduan yang akan dihasilkan.

"Ia secara jelas akan meningkatkan tahap pendidikan pelajar-pelajar dengan kaedah gunasama kepakaran dan kemahiran tenaga pengajar kedua-dua institusi," ujarnya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada UUM atas kejayaan program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) UUM yang memperolehi akreditasi Persatuan MBA (AMBA) sekali gus meletakkan program MBA UUM setanding dengan program Universiti ternama dunia seperti University of Oxford dan University of Cambridge di United Kingdom serta tersenarai dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings.

Katanya kejayaan itu adalah bertepatan dengan laungan "Soaring Upwards” Kementerian Pendidikan Tinggi untuk meraikan lonjakan universiti-universiti tempatan yang semakin meningkat dalam kedudukan QS ranking setiap tahun.

Turut hadir pada majlis itu pegawai-pegawai kanan Kementerian, Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Politeknik Malaysia, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan wakil wakil industri serta Pengarah IPQ UUM, Prof Madya Dr Haim Hilman Abdullah.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia