School of Languages, Civilisation & Philosophy (SLCP)

header_academic.jpg

Primarily established to develop and promote management education, UUM offers a number of academic programmes especially geared towards providing a broad spectrum of knowledge and intellectual skills in various management areas.

Penubuhan pusat pengajian ini merupakan usaha untuk membangunkan pelajar secara holistik, selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pendidikan Tinggi 2015-2025 (PPPM-PT) yang berkaitan Lonjakan Satu dan Lonjakan Dua iaitu untuk melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang, serta mempunyai kecemerlangan bakat.

Penggabungan Pusat Bahasa, Jabatan Pengajian Bahasa dan Pusat Pengajian Umum dapat menjalinkan dan mengukuhkan sinergi pelbagai bidang keilmuan kemanusiaan dengan barisan tenaga akademik yang pakar dalam bidang bahasa iaitu pengajian bahasa Melayu, pengajian bahasa Inggeris, pengajian bahasa asing, kesusasteraan, peradaban, budaya dan falsafah. Kepakaran tenaga akademik ini selaras dengan hasrat universiti untuk menempatkan UUM sebagai universiti terkemuka di dunia. Fokus tenaga akademik kepada bidang pengajian yang bersifat kontemporari berupaya menarik minat bakal graduan dalam bidang-bidang tumpuan yang menyumbang kepada aktiviti strategik universiti.

UNDERGRADUATE
  • BA Kesusasteraan Kontemporari & Teknologi Maklumat (Hons)
  • BA Kesusasteraan Kontemporari & Industri Kreatif (Hons)

School of Languages, Civilisation & Philosophy
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, MALAYSIA. 

Tel: +604-928 5707
Fax: +604-928 5709
Email: slcp@uum.edu.my