Waris Pelajar Baharu Sesi 2016/2017 Diberi Gambaran Menyeluruh Mengenai UUM

UUM ONLINE: Ibu bapa dan waris pelajar-pelajar baharu sesi 2016/2017 yang hadir menemani anak-anak mereka mendaftar kemasukan ke Universiti Utara Malaysia (UUM) telah diberi taklimat oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Taklimat diadakan di Dewan Mu'Adzam Shah, sejurus selepas sesi pendaftaran berlangsung pada sebelah pagi.

Dalam taklimat tersebut ibu bapa dan waris terbabit diberi gambaran menyeluruh mengenai UUM meliputi visi dan misinya untuk menjadi universiti pengurusan terkemuka, statistik kemasukan pelajar baharu, infrastruktur yang terdapat di UUM, aktiviti-aktiviti pelajar dan pencapaian semasa UUM.

Beliau juga berharap ibu bapa dan waris dapat memainkan peranan mereka dengan memantau kemajuan akademik, sentiasa berhubung dan mengikuti perkembangan universiti dan anak masing-masing.

Barisan kepimpinan utama UUM turut diperkenalkan kepada ibu bapa dan waris yang hadir pada taklimat berkenaan.

Selain itu sesi soal jawab turut diadakan dengan ibu bapa dan waris yang hadir.

 

 

 

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia