UUM Mendahului Saingan Lain Dalam Kehangatan Kejohanan Golf IPT 2016

UUM ONLINE: Jitra – Kejohanan Golf IPT 2016 anjuran Akademi Golf Nasional UUM (AGNUUM) kembali buat kali keenam pada tahun ini dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai tuan rumah yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini di Darulaman Golf & Country Club, Bandar Darulaman.

Seramai 80 pemain golf menyertai Kejohanan Golf IPT 2016 dari pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT)  seluruh Negara yang terdiri dari Universiti Awam (UA), Universiti Swasta (US), Politeknik, Kolej Komuniti dan lain-lain.

Kejohanan Golf IPT ini meneruskan tradisi sebagai medan bagi menguji kemahiran bermain golf dalam kalangan pelajar IPT yang mempunyai bakat dalam sukan ini untuk membolehkan mereka bertanding sesama sendiri bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Satu kelainan yang dibuat oleh AGNUUM kali ini adalah pemberian mata untuk World Amateur Golf Ranking Point bagi peserta yang menyertai kejohanan ini untuk memotivasikan para pemain untuk bersaing dengan lebih kompetitif.

Pada hari pertama kejohanan ini, dua pelajar AGNUUM iaitu Muhammad Afif Muhammad Razif mengetuai saingan dalam kategori lelaki dengan pukulan satu di atas par dan Nurul Syahirah Afiqah Saparuddin mendahului dengan lima di atas par.

===============================
DARIPADA:
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TEL.: 04-928 3048/3049/3042/3040
FAKS: 04-928 3053
E-MEL: ukkuum@uum.edu.my
FACEBOOK: Universiti Utara Malaysia (Official FB)

footer ci uum

Pejabat Luar (China)

马来西亚北方大学境外办公室 (中国)
地址:北京市朝阳区东三环北路8号亮马河公寓1059室   邮编:100004
进入中文页面,获取更多信息
Pengarah: Helen (LIU RONG)  
Tel: 86-1051650127  
QQ: 591913393/1243512744
Email: mhepc@aliyun.com    
Faks: 86-1064032524

Klik sini untuk maklumat 

UUM Sintok

  servicedesk@uum.edu.my
  +604-928 4000    +604-928 3053
  Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok, Kedah, Malaysia

UUM Kuala Lumpur

  uumkl@uum.edu.my
  +603-2610 3000    +603-2694 9228
 41-3 Jalan Raja Muda Abd Aziz,
50300 Kuala Lumpur, Malaysia