Bachelor of Banking
SYARAT AM KEMASUKAN
STPM
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
dan
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:
- Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
MATRIKULASI KPM/ASASI SAINS UM/ASASI UITM (BUKAN FEEDER)
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian (GRED C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian (GRED C) Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.
dan
Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/ Asasi UiTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
STAM
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2017 dan 2016.
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
DIPLOMA
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM;
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf oleh:
- Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti
- MQA dan direkodkan dalam MQR
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
dan
Menyertakan dokumen berikut yang telah disahkan kepada pihak Universiti:
- Salinan Permohonan Aplikasi Dalam Talian;
- Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon;
- Salinan Sijil Kelahiran Calon, Ibu dan Bapa/Surat Akuan Sumpah (Jika hilang)
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah/Surat Akuan;
- Akuan Majikan (Jika Berkaitan);
- Salinan Sijil STPM/Setaraf;dan
- Salinan Sijil SPM/Setaraf;
- Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir);
- Salinan Diploma/Sijil (Jika ada)
- Salinan Sijil MUET;
- Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian;dan
- Salinan Keputusan Bahasa Melayu/ Matematik Julai (Jika ada)
- Salinan bukti pengiktirafan MQA dan MQR (diperolehi dari portal MQA)
APEL
Syarat kelayakan masuk melalui APEL adalah seperti berikut:
- Lulus penilaian APEL yang dilaksanakan oleh MQA.
- Mematuhi kriteria kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda (Tahap 6, MQF) yang ditetapkan oleh KPM iaitu:
Calon hendaklah warganegara berumur 21 tahun ke atas pada tahun permohonan dibuat serta memiliki pengalaman kerja yang berkaitan. - Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) dan memenuhi tahap MUET dalam syarat khas program.
SYARAT KHAS KEMASUKAN
School of Economics, Finance & Banking
College of Business,
Universiti Utara Malaysia,
06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: +604-928 6751/6758/6763/6766
Fax: +604-928 6752
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.